Ingkar PKP: Tiada lagi kompaun, terus hadap ke mahkamah!

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 1,374 individu telah ditahan sepanjang tempoh PKP menyaksikan kira-kira 931 orang telah dikenakan kompaun RM1,000 akibat mengingkari PKP, manakala 418 lagi telah ditahan reman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada MINDEF, jumlah tangkapan kumulatif golongan yang ingkar PKP adalah sebanyak 9,090 orang sehingga 13 April 2020 manakala jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan adalah sekitar 4,036.

Untuk PKP Fasa ketiga, Pihak Polis tidak lagi akan mengenakan komaun bagi kesalahan ingkar PKP, sebaliknya individu tersebut akan ditahan dan dituduh di mahkamah.

Ketika sidang media secara langsung, Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, "kita melihat rakyat semakin bertindak acuh tak acuh terhadap peraturan sedia ada, mungkin RM1,000 dilihat tidak terlalu tinggi buat mereka.

"Jadi, kita bersetuju bermula esok, pihak polis tidak lagi akan mengenakan kompaun, sebaliknya pesalah akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah.

"Biarlah mahkamah yang tentukan, kerana berdasarkan Seksyen 24 Aktar 342, pihak mahkamah boleh menjatuhkan hukuman tidak lebih daripada dua tahun penjara dan untuk kesalahan berikutnya sehingga lima tahun penjara!" jelas Ismail Sabri lagi.

Sumber: The MalayMail.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…