Ingkar PKP: Kemaman paling ramai ditahan di Terengganu

oleh SALINA JALIL|
Kemaman mencatat jumlah tangkapan ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) paling tinggi di Terengganu apabila 52 orang ditahan sehingga hari Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, polis menahan seramai 141 individu kerana mengingkari perintah berkenaan sejak dilaksanakan 18 Mac lalu.

“Selain di Kemaman, daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah tangkapan seramai 34 orang diikuti Besut (20), Dungun (18), Marang (15), Setiu (2) dan Hulu Terengganu kekal dengan tiada sebarang tangkapan,” katanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, orang ramai di seluruh negeri itu hendaklah terus memberi kerjasama mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah dan keluar jika ada urusan mustahak.

 

“Hanya dengan berada di rumah sahaja cara untuk putuskan rantaian penularan Covid-19 ini.

 

“Jadi orang ramai wajib patuh dengan perintah ini jika mahu serangan wabak ini berakhir,” katanya ketika dihubungi hari ini

 

Roslee berkata, memasuki fasa kedua PKP, pihaknya akan bertindak lebih tegas dan keras dan menahan sesiapa sahaja yang ingkar perintah dan menghalang tugas penjawat awam.

 

Beliau berkata, tahap pematuhan masyarakat negeri ini sudah mencapai 96 peratus tetapi tidak dinafikan masih ada yang degil dengan berada di luar rumah tanpa urusan penting seperti melepak atau memancing dan pelbagai aktiviti lain.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…