Ingkar PKP dengan alasan baiki motosikal, 4 lelaki didenda RM1,000 setiap seorang

oleh SALINA JALIL|
Gara-gara berkumpul membaiki motorsikal di hadapan rumah, empat lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Tangkak, di sini, selasa lalu.


Tiga daripada tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majisteret, Norina Maludin secara berasingan.


Tertuduh, T.Shankar, 22; K.Navim Raj dan N.Thamil Vel, masing-masing 19 tahun serta remaja berusia 15 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mac lalu, lebih kurang jam 6 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mengikut kertas pertuduhan, ketika itu Pasukan Polis daerah Tangkak sedang membuat pemantauan dan menahan mereka yang sedang berhimpun dihadapan sebuah rumah kediaman di Taman Mahkota di sini.

 

Hasil siasatan suspek berkumpul dirumah kawan untuk membaiki motosikal, dan pihak polis mendapati kesemua suspek tidak memberikan alasan munasabah atas pergerakan mereka dan ditahan kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Tertuduh yang didakwa mengikut Peraturan 3 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Tiga daripada mereka dijatuhkan hukuman denda RM1,000 dan sekiranya gagal boleh dipenjara 2 bulan.

 

Manakala remaja berusia 15 tahun itu didenda RM1,000 dan sementara menunggu laporan akhlak, mahkamah menetapkan jaminan RM800.

 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin.

 

Manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…