Ingkar PKP Alor Setar: 22 individu ditahan termasuk bawa dadah dan air ketum

oleh SALINA JALIL|
Alasan baru balik kenduri diberikan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta gagal mengaburi polis apabila mereka ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam tadi.


Mereka yang berusia sekitar 22 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar dalam operasi pada 10.30 malam.


Dalam operasi bermula pada 9.30 malam itu, seramai 22 individu ditahan yang mana 21 daripadanya ditahan kerana ingkar PKP manakala seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana membawa enam bungkusan air ketum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketika operasi dilakukan, terdapat beberapa penunggang motosikal melarikan diri sebaik menyedari operasi di kawasan itu malah ada di antara mereka yang memberi alasan tidak tahu kedai serbaneka 24 jam ditutup awal sejak PKP dilaksanakan.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 48 tahun ketika melalui kawasan itu selepas 8 malam.

 

Beliau berkata, daripada jumlah yang ditahan, tiga daripadanya warga asing iaitu dua Pakistan dan seorang Myanmar berusia sekitar 30-an dan 40-an.

 

“Hasil pemantauan kita mendapati, masih ada yang masih degil dan keluar ketika PKP ini pada waktu malam tanpa arah tuju.

 

“Malah, mereka turut memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri namun kesemua mereka ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui ketika operasi berkenaan malam tadi.

 

Mohd Rozi berkata, kesemua 21 orang yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

 

Beliau berkata, seorang yang ditahan kerana membawa air ketum akan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan disiasat mengikut Akta Racun 1952.

 

“Operasi yang kita lakukan malam ini sama seperti lokasi semalam yang mana kita menahan seorang lelaki berusia 28 tahun kerana memiliki dadah.

 

“Lelaki itu memberi alasan mahu berjumpa anaknya di Pendang namun anggota kita menemui sejumlah dadah pada suspek dalam pemeriksaan pada 1.30 pagi,” katanya.

 

Mohd Rozi berkata, dalam operasi semalam, pihaknya menahan sembilan lelaki kerana ingkar PKP dan kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

 

Beliau berkata, lelaki yang ditahan bersama dadah itu pula disiasat mengikut Seksyen 39(a) 1 ADB 1952.

 

“Operasi akan diteruskan sepanjang PKP ini dan kita akan menahan mereka yang masih ingkar walaupun sudah memasuki hari ke-20 hari ini,” katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…
Berita Domestik
Daerah Kuala Muda mencatatkan 121 kemalangan, sementara Kota Setar sebanyak 75 kes, manakala Kulim…