Ingat lagi pikap jerung Actyon? Kini Musso dan ini model 'facelift' baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
SsangYong Musso facelift
SsangYong Musso facelift
Satu ketika dahulu SUV besar SsangYong Rexton menerima sambutan yang baik di negara kita. Bukan sahaja Rexton, model lain seperti MPV besar Stavic juga mempunyai sambutan tersendiri.

SsangYong sebenarnya mempunyai beberapa lagi model yang dipasarkan di negara kita seperti SUV Kyron, Actyon dan pikap Actyon.

Satu yang menarik perhatian dengan pikap Actyon ialah reka bentuk depan seperti ikan jerung dan lebih cenderung sebagai pikap gaya hidup.

Ssang Yong diasaskan pada tahun 1954 dan merupakan pengeluar kenderaan paling lama dari Korea Selatan dengan pengkhususan di dalam segmen 4x4 dan SUV.

Mahindra & Mahindra merupakan pemilik SsangYong Motor sejak 2011 dan sebelum itu telah bertukar tangan dari Daewoo Motors pada tahun 1997 dan SAIC pada tahun 2004.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SsangYong Turismo
SsangYong Turismo

 

Tidak lagi aktif di negara kita namun SsangYong kekal di United Kingdom dengan dinamika pasaran yang dinamik.

Di England, Ireland Utara, Scotland dan Wales SsangYong mempunyai 65 buah pengedar.

Model apa yang dijual di sana? Banyak iaitu Rexton, Korando, Tivoli, Tivoli XLV, Korando dan pikap Musso.

Musso sebelum ini dikenali sebagai pikap Actyon dan pernah dijual di pasaran tempatan.

Pikap Actyon pertama tampil menyerlah dengan reka bentuk depan seperti ikan jerung sebelum Actyon Sport diperkenalkan di pasaran tempatan pada 2012.

Pada ketika itu Actyon Sport dijual pada harga yang cukup munasabah bermula dari RM84,888 hingga RM89,888.

 

SsangYong Rexton
SsangYong Rexton

 

Musso generasi baharu dengan kod Q200 diperkenalkan di Geneva pada tahun 2018 dan terbaru model facelift akan dibawa ke Pameran Kenderaan British bermula 19 Ogos 2021.

Tiada maklumat lanjut didedahkan kecuali hanya sekeping gambar. Apa yang jelas ialah, trend gril besar pada model terbaru ini dengan imej lebih macho.

Musso Q200 disesuaikan kepada pikap dari SUV Rexton.

Pikap ini menggunakan struktur badan atas rangka (body-on-frame) dan menariknya kekal dengan imej gaya hidup seperti Actyon sebelum itu.

Lagi menarik apabila Musso bermaksud badak dan sinonim dengan fizikal dan karakter lasak.

 

SsangYong Musso
SsangYong Musso sebelum facelift

 

Saiz nampak sederhana namun Musso mempunyai daya muatan (payload) lebih satu tan dan boleh menunda treler dengan berat sehingga 3.5 tan.

Musso digerakkan oleh enjin 2.0L e-XDi220 diesel yang sama seperti Rexton baharu. Enjin ini mempunyai kuasa 181ps pada 4,000 rpm dan tork maksimum 400Nm dari 1,600 hingga 2,600 rpm.

Pelanggan diberi dua pilihan transmisi iaitu enam kelajuan manual atau enam kelajuan automatik yang dibekalkan oleh Aisin.

Di UK, Musso pra-facelift dijual dari GBP26,760 atau bersamaan RM157,222. 

Ada yang masih berminat dengan SsangYong?

Perkembangan terakhir mengenai jenama ini ialah pada tahun 2016 apabila media melaporkan ada syarikat baharu yang bakal mengambil alih operasi di pasaran tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

SsangYong Musso
SsangYong Musso sebelum facelift

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…