Infiniti bakal pamer SUV 'mega' QX80 Monograph di New York

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pasaran automotif dunia sekarang ini lebih mengarah kepada segmen SUV. Bahkan sudah menjadi kewajipan setiap pengeluar mempunyai SUV dalam barisan produk mereka hingga pengeluar kenderaan mewah seperti Bentley dan Maserati pun turut mempunyai wakil dalam segmen itu. Porsche Cayenne dan Macan sudah pun banyak menjalar di atas jalan raya dan akan datang pengeluar kereta super iaitu Lamborghini dengan SUV Urus. Tidak menghairankan jika selepas ini SUV Lamborghini akan lebih banyak di atas jalan raya berbanding kereta super nya seperti yang telah terjadi pada Porsche. Seperkara yang menarik tentang SUV ialah saiznya, ia bermula daripada ukuran kompak seperti Ford EcoSport sehinggalah bersaiz besar seperti Audi Q7 atau model akan datang Q9. Saiznya begitu 'gedabak' dan tidak terbayang jumlah besi dan aluminium yang digunakan untuk SUV seperti itu. Terkini, Infiniti bakal menggantikan QX80 (QX56) yang sudah pun berada di pasaran sejak 2010. Infiniti menggelarnya sebagai QX80 Monograph (Range Rover Autobiography?) dan ia bakal tampil sebagai kenderaan konsep di Pameran Kenderaan New York pada 11 April depan. Seperti yang dilihat melalui gambar yang diberi, QX80 Monograph tampil perkasa dengan saiz yang besar dan mewah. SUV mega itu direkabentuk di studio Infiniti di Atsugi, Jepun dan ia membawa halatuju rekabentuk Infiniti melalui bahasa gayaan terbaru. Ia mempunyai adunan geometri dan bentuk organik atau senang cerita, tampil gah di atas jalan raya atau padang pasir di Timur Tengah. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada ia bakal tampil dengan enjin baharu atau lama iaitu 5.6L V8! Penulis: Muhammad Md Tajudin