Infest Meet 2018 gabung tiga negara

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dunia modifikasi tidak akan berkembang jika tidak ada jurufoto-jurufoto dan pengamal media sosial yang membantu memberikan publisiti.

Baru-baru ini, jurufoto dan pengamal media sosial dari tiga negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia bergabung tenaga untuk membuat satu perjumpaan santai untuk peminat dunia modifikasi dan kustom.

Adam Photography, Static365, SimpleandLow Malaysia, BlackMailz, BoysToys Malaysia dan R12 Autoart sering dijemput untuk memberi liputan atau menjadi juri untuk acara-acara meet-up kenderaan modifikasi di Thailand, Indonesia, Jepun dan Singapura.

Kali ini, mereka semua bersatu untuk menyewa kawasan parkir stesen LRT Glenmarie dan kemudiannya menjemput rakan-rakan untuk hadir dan bertemu-bual.

Tidak ada apa-apa acara rasmi yang dilakukan, kecuali pameran kenderaan masing-masing, jualan aksesori dan komponen kenderaan, baju, sticker dan makanan dari food-truck yang hadir.

Nyata walaupun santai, banyak kenderaan yang menarik dapat dilihat. Dari Kelisa, Saga, Wira, CR-Z, Evo, Scoobie hinggalah kepada Datsun Fairlady kepunyaan taukey rim kita Ali Kuoppa dan Mustang milik Wak Doyok.