Ineos Grenadier Safari muncul di Afrika

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan model asal Defender yang klasik itu telah pun dihentikan produksinya beberapa tahun lepas, peranan model tersebut secara tidak langsung telah digantikan oleh model Ineos Grenadier.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos Automotive kini memperlihatkan bentuk badan baharu, iaitu Ineos Grenadier Safari.

Model Safari ini sebenarnya dihasilkan oleh Ineos Kavango, sebuah syarikat subsidiari yang baharu ditubuhkan setelah Ineos Grenadier mengambil alih syarikat Kavango Engineering yang berpusat di Botswana.
 

Safari


Kavango Engineering merupakan syarikat yang pakar dalam mengubah kenderaan sedia ada untuk pelbagai kegunaan termasuklah kenderaan safari, penggambaran, veterinar dan kegunaan petugas kesihatan.

Ineos Grenadier Safari membawakan beberapa perubahan, antaranya jarak lega bumi yang telah ditinggikan serta gugusan suis yang telah diubah kedudukannya.
 

safari


Struktur bumbung yang asal telah digantikan dengan kanopi kanvas yang lebih ringan, diikuti dengan cermin penghadang angin yang boleh dilipat ke depan.

Bukan itu sahaja, Grenadier Safari turut menampilkan susunan tempat duduk jenis amfiteater yang bertingkat untuk memaksimumkan medan penglihatan setiap penumpang.