Ineos Grenadier Quartermaster, Demonstrator FCEV muncul di Goodwood Festival of Speed

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Goodwood Festival of Speed, Ineos Automotive telah memperlihatkan dua buah model baharu, sebuah trak pikap Grenadier Quartermaster dan SUV sifar emisi Demonstrator FCEV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ineos Grenadier Quartermaster

Quartermaster


Trak pikap yang membawakan elemen rujukan daripada Land Rover Defender klasik itu kini menampilkan dimensi yang lebih panjang (+305 mm), di mana bed belakang kini membawakan ukuran 1,564 mm panjang dan 1,619 mm lebar.

Cukup untuk memuatkan sebuah palet standard Euro.

Dari segi muatan, ia mempunyai kapasiti maksimum 760 kg, di mana bahagian ekor boleh menempatkan beban sehingga 225 kg, serta boleh menarik beban seberat 3,500 kg.
 

ineos


Penawaran enjin enam silinder BMW masih lagi dikekalkan, sama ada nadi petrol 3.0 liter B58 (282 hp, 450 Nm) atau enjin diesel 3.0 liter B57 (245 hp, 550 Nm), dipadankan dengan transmisi ZF lapan kelajuan, sistem pacuan empat roda kekal, transfer case dua kelajuan dan kekunci pembeza tengah.

Sama seperti model standard, Quartermaster ini dilengkapi dengan gandar rasuk solid Carraro diikuti dengan sistem brek Brembo.

Dengan tambahan kos, pembeli boeh mendapatkan kekunci pembeza depan dan belakang.

Pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 8.8 saat (9.8 saat untuk model diesel), sementara kelajuan tertinggi 159 km/j.
 

ineos


Untuk memudahkan pemanduan off-road, Ineos Grenadier Quartermaster ini menampilkan jarak lega bumi setinggi 264 mm, keupayaan meredah air sedalam 800 mm serta sudut-sudut off-road (pendekatan, pelepasan, breakover) yang terbaik di dalam kelasnya.

Untuk pasaran UK, Quartermaster boleh didapati dalam trim Standard, Trialmaster dan Fieldmaster, serta penawaran aksesori termasuklah rak bumbung, tonneau cover, kanvas kanopi kalis air dan sebagainya.

 

Ineos Grenadier Demostrator FCEV

FCEVB


Sebuah lagi model Ineos yang diperkenalkan baru-baru ini hadir dengan trenkuasa sifar emisi, atau lebih tepat lagi sistem sel bahan api hidrogen daripada BMW Group.

Perubahan yang ketara anda boleh tengok pada bahagian hud hadapan, di mana ia kini menampilkan bonjolan kuasa untuk menampung saiz trenkuasa baharu itu.

Yang pasti, bonjolan tersebut tidak akan ditawarkan pada model produksi sebenar.
 

FCEV


Disebabkan kerangka ladder-frame yang fleksibel, para jurutera mampu mengintegrasikan trenkuasa sel bahan api tersebut dengan mengubahsuai casis dan gandar belakang.

Dalam masa yang sama, Ineos mendakwa keupayaan off-road sebenar Grenadier tidak akan dikorbankan walaupun dengan menggunakan trenkuasa hidrogen tersebut.
 

bmw


Tiada sebarang maklumat berkenaan trenkuasa hidrogen didedahkan, namun berdasarkan apa yang wujud pada BMW iX5 Hydrogen, sistem tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 369 hp.

Sistem tangki plastik bertetulang gentian karbon berkembar boleh memuatkan bahan api hidrogen seberat enam kilogram, dan boleh diisi semula dalam masa tiga atau empat minit sahaja.

CEO Ineos Automotive, Lynn Calder menjelaskan, "Grenadier Demonstrator berserta model EV penuh akan muncul pada tahun 2026, memperlihatkan komitmen kami untuk mencapai sifar emisi kekal.

"BEV sesuai untuk beberapa kegunaan seperti perjalanan dekat serta penghantaran di laluan urban, sementara Hydrogen FCEV pula lebih sesuai untuk perjalanan yang lebih jauh, dan kitaran tugas berat di mana sistem bateri memberikan impak yang besar terhadap aspek muatan.

 

Ineos Grenadier Demonstrator FCEV

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Memetik laporan daripada Bloomberg, Pejabat Hak Intelek UK mendapati bentuk dan rekaan Defender…
Berita Global
Fasiliti yang terletak di Hambach, Perancis ketika ini memproduksikan model-model Smart dan…