INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab, belakang kosong bebas untuk pasang pilihan sendiri

oleh Muhammad Md Tajudin|
INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab
INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab
Pada Julai 2023, INEOS Automotive melancarkan pikap Grenadier Quartermaster dan kini giliran varian Chassis double cab lima tempat duduk.

Varian terbaru ini bersama pikap Quartermaster dan disasarkan kepada pengubahsuai kenderaan dan pembina badan perdagangan.

Jarak roda sama seperti Quartermaster iaitu 3,227 milimeter (mm) atau 305 mm lebih panjang daripada Grenadier Station Wagon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab 2024

 

Chasis Cab turut berkongsi perkakasan Quartermaster seperti cab lima penumpang, kerangka tetangga, gandar tugas berat dan kotak pindahan dua kelajuan.

Bahagian belakang ditinggalkan kosong dan menampakkan kerangka tangga dan membolehkan pelanggan dan pengubahsuai memasang badan mengikut kegunaan.

Pelanggan ditawarkan dua pilihan enjin dari BMW iaitu 3.0 liter petrol turbo (B58) yang menghasilkan 286 ps pada 4,750 rpm dan tork 450Nm dari 1,750 sehingga 4,000 rpm.

Enjin enam silinder sebaris itu dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan (ZF 8HP51).

 

INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab

 

Satu lagi pilihan enjin enam silinder ialah 3.0 liter diesel turbo (B57) dengan kuasa 249 ps dari 3,250 sehingga 4,200 rpm dan tork 550Nm dari 1,250 sehingga 3,000 rpm.

Enjin dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan (ZF 8HP76). Kelajuan tertinggi untuk kedua-dua enjin ialah 160 kilometer sejam (km/j).

Sebagai sebuah 4x4 lasak, Quartermaster Chassis Cab boleh menunda beban sehingga 3,500 kilogram (kg) (treler dengan brek).

Jarak kelegaan bumi 264 mm dan boleh mengharungi air sehingga 800 mm.

 

 INEOS Grenadier Quartermaster Chassis Cab

 

Pelepasan depan pada sudut 35.5/36.2 darjah, bahagian tengah 26.2 darjah dan 22.6 darjah untuk pelepasan belakang. 

Bagi membawa barang atau khemah di atas bumbung, Chassis Cab mempunyai had tertinggi 120 kg semasa bergerak (dinamik) dan 375 kg dalam keadaan pegun.

Dengan penawaran Chassis Cab, pelanggan bebas untuk memasang badan pekhemah (camper), kabin khidmat keselamatan atau kotak asas untuk pertanian.

Harga di United Kingdom bermula daripada 53,180 pound (RM319,047).

Penulis: Muhammad Md Tajudin