Menurut laporan, versi komersial dua tempat duduk memiliki tanda harga bermula sekitar £48,000 (RM271 ribu) sementara versi komersial lima tempat duduk dan SUV penumpang memerlukan penambahan kos antara £4,000 - £6,000 (RM22,579 - RM33,869) kepada harga yang disebutkan tadi.

Model SUV off-road yang direka seakan Land Rover Defender (dan unsur G-wagen) ini bakal diedarkan kepada pelanggan menjelang akhir tahun hadapan.
Dari segi kuasa, pembeli boleh mendapatkan nadi BMW enam silinder sebaris 3.0 liter petrol (281 hp/450 Nm) ataupun diesel (246 hp/550 Nm), namun kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

UK merupakan pasaran pertama sasaran jualan SUV off-road Grenadier ini, di mana Ineos akan bekerjasama dengan Robert Bosch GmbH bagi membantu memperkenalkan model ini, serta memberikan akses lebih 10,000 buah outlet Bosch Car Service kepada para pemilik di 150 buah negara.
Ineos juga merancang untuk memperkenalkan Grenadier di pasaran lain termasuklah Eropah, Afrika, Asia Pasifik, Timur Tengah dan juga Amerika Utara.
Baca: Spesifikasi Ineos Grenadier 2022
Baca: Rekaan ruang kabin Ineos Grenadier 2022
Baca: Ineos Grenadier 2022 jalani ujian ekstrem 1.8 juta kilometer