Ineos bakal uji Grenadier dengan trenkuasa sel bahan api Hyundai akhir 2022

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun Ineos Automotive baru sahaja mengumumkan harga jualan bagi produk SUV off-road yang diinspirasikan daripada Defender, produksi Grenadier tidak akan bermula sehingga Julai 2022.

Menurut laporan terbaharu, Ineos juga sedang merancang untuk menguji Grenadier yang dilengkapi dengan sistem trenkuasa sel bahan api hidrogen untuk kegunaan jalan raya dan off-road menjelang akhir tahun 2022.

Apa yang menarik, Grenadier Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) Concept ini bakal menggunakan kepakaran daripada Hyundai menerusi perjanjian kerjasama yang termeterai pada November 2020.

Harus diketahui bahawa Ineos sebenarnya merupakan salah sebuah syarikat kimia terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluaran 300,000 tan hidrogen setahun yang merupakan produk sampingan daripada proses pembuatan bahan kimia yang lain.
 

FCEV


Ineos juga turut mempunyai syarikat subsidiari Inovyn yang memiliki kepakaran dalam proses elektrolisis untuk menghasilkan hidrogen bagi tujuan penjanaan kuasa dan pengangkutan.

Selain memfokuskan kepada penghasilan hidrogen hijau - gas hidrogen yang diperoleh daripada proses elektrolisis, Ineos juga turut melabur dalam produksi hidrogen biru di mana gas CO2 yang terhasil menerusi proses pengasingan hidrogen daripada gas asli akan di'tangkap' dan disimpan di bawah tanah.

Pengerusi Ineos Jim Ratchliffe turut memberikan amaran kepada kerajaan UK untuk memulakan pembangunan infrastruktur hidrogen dengan lebih meluas, memandangkan pada ketika ini negara tersebut agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain.

Baca: Ineos Grenadier - bermula dari RM271k di UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa, Ineos Grenadier merupakan 'kembar' tidak…
Berita Global
Menurut CEO Ineos Automotive, Dirk Heilmann menjelaskan, "kami hanya mempunyai satu peluang sahaja…
Berita Global
Ineos Grenadier dibangunkan di atas platform serba baharu dan sistem suspensi - kedua-duanya oleh…