Ineos Automotive sah mahu ambil alih kilang Smart di Perancis

oleh Mohamad Hanif|
Pelan asal Ineos Automotive untuk membina sebuah kilang pemasangan di Wales akan dipertimbangkan semula selepas syarikat itu meneroka satu alternatif baharu - kilang Smart di Perancis yang bakal dijual oleh Mercedes-Benz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Fasiliti yang terletak di Hambach, Perancis ketika ini memproduksikan model-model Smart dan pengeluar dari Jerman itu sudah pun mengesahkan ia bakal dijual menerusi beberapa laporan daripada media utama.

Penutupan kilang pemasangan Smart itu merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula oleh Smart dan syarikat induk, Daimler di mana mereka akan memindahkan produksi dari Perancis ke China demi penjimatan kos.

Hal ini turut diperkuatkan dengan satu laporan terkini daripada Autocar UK yang menyebut Ineos Automotive kini sedang berbincang dengan Mercedes-Benz berkenaan isu pengambilalihan fasiliti Smart itu.

Difahamkan, Daimler telah pun melabur dengan jumlah yang besar untuk melengkapkan fasiliti yang bersesuaian bagi membina SUV yang lebih besar bersama-sama model Smart sedia ada, sekaligus menjadikannya satu lokasi yang begitu sesuai untuk memasang model Grenadier.

Ineos Automotive baharu sahaja memperkenalkan model baharu Grenadier yang dibangunkan bersama Magna Steyr dan bakal menggunakan nadi enam silinder sebaris yang diperoleh daripada BMW.

Model SUV 4x4 itu dijadualkan penghantarannya kepada pelanggan bermula 2022, jadi berkemungkinan besar fasa produksi Ineos Grenadier akan bermula pada tahun hadapan.

Sumber: Auto Express UK, Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Ineos Grenadier Quartermaster Trak pikap yang membawakan elemen rujukan daripada Land Rover…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Memetik laporan daripada Bloomberg, Pejabat Hak Intelek UK mendapati bentuk dan rekaan Defender…