Ineos Automotive mula produksi SUV off-road Grenadier, penghantaran pertama Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Ineos Automotive merupakan antara syarikat automotif baharu yang muncul beberapa tahun yang lalu dengan menampilkan produk SUV off-road Grenadier.

Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti Defender' bertempat di kilang lama Mercedes-Benz yang diperoleh pada tahun 2020.

Walaupun permulaan fasa produksi ini dilihat satu pencapaian yang besar buat Ineos, mereka tidak dapat lari daripada kesukaran yang dialami oleh kebanyakan pengeluar automotif dunia - masalah kekurangan bekalan komponen.
 

Ineos


Menurut pengarah komersial Ineos Automotive, Mark Tennant berkata, "kami telah menempuh laluan yang panjang sejak projek ini dimulakan pada tahun 2017 lagi, dan ini merupakan satu momen penting buat Ineos Automotive sebagai pengeluar kenderaan.

Ineos Grenadier merupakan 'pewaris tidak sah' kepada Land Rover Defender dengan membawakan rekaan yang identikal, casis ladder frame, dan boleh didapati dalam versi Utility Wagon atau Station Wagon yang lebih mewah.

Ia didatangkan dengan enjin BMW enam silinder sebaris 3.0 liter yang boleh didapati dalam versi petrol (282 hp/450 Nm), atau versi diesel (246 hp/500 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF, transfer case dua kelajuan dan sistem pacuan empat roda kekal.

Baca: Ineos Grenadier - Isi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Defender

Baca: Ineos Grenadier tayang ruang kabin

Baca: Harga jualan Ineos Grenadier di UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Ineos juga sedang merancang untuk menguji Grenadier yang dilengkapi…