Industri penerbangan China tawar tiket gila murah

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat-syarikat penerbangan China menawarkan pakej-pakej penerbangan domestik yang sangat murah dalam usaha mereka untuk menghidupkan semula industri tersebut yang terkesan teruk akibat Covid-19.

Lapan syarikat penerbangan China menawarkan skim penerbangan yang memang menarik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lucky Air contohnya menawarkan pakej penerbangan domestik bermula dari harga 1,588 yuan (RM965) untuk penerbangan tanpa had selama 31 hari untuk setiap pemegang tiket.

China Souther pula menawarkan pakej berharga 3,699 yuan (RM2,250) untuk terbang ke mana sahaja (domestik) untuk seberapa banyak kali sehingga Januari tahun hadapan.

Juneyao Air pula menawarkan pakej untuk menaik-taraf kelas ekonomi tanpa sebarang tambahan harga.

Jumaat lalu, Civil Aviation Administration of China (CAAC) melaporkan penerbangan harian sudah kembali ke tahap 80 peratus berbanding dengan semasa sebelum serangan Covid-19.

* Laporan asal dari Malay Mail

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…