Industri Pelancongan Permotoran Ipoh Bakal Melonjak, Hard Rock Ipoh Dibuka

oleh Hamimah Hamid|
GENG-GENG motosikal kini ada lokasi baru untuk korang lepak, Hard Rock Cafe Ipoh.

Bakal dibuka Jumaat (16 Jun)ini, francais kelima itu seperti empat francais sebelumnya bakal menyajikan makanan signature, item ikonik terhad dan tempat lepak santai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, francais baru kafe popular itu mampu menarik kedatangan pelancong terutama bikers dari luar negara.

 

"Saya yakin Hard Rock Cafe Ipoh ini akan menjadi tempat persinggahan untuk para bikers. 

Bersama geng bikers heaven ipoh

"Kalau sebelum ini mereka bersantai di Kuala Lumpur, kini Ipoh boleh menjadi lokasi pilihan baru," katanya. 

 

Menurut Rumaizi, beliau yakin kedudukan Ipoh yang strategik serta jadual penerbangan terus ke bandaraya itu juga mampu menarik kedatangan bikers bersama keluarga mereka. 

 

"Kami di Ipoh sangat mengalu-alukan pelancong dan bikers dari utara tanah air serta dari luar seperti Thailand dan Cambodia. 

 

"Begitu juga bikers dari Singapura, kami di Ipoh mengalu-ngalukan anda melalui Hard Rock Cafe," katanya.