Industri logistik import eksport dibenar beroperasi 24/7 sekarang

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata aktiviti memunggah naik dan turun untuk tujuan logistik import dan eksport akan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu mulai sekarang.

Ini ialah untuk memudahkan pergerakan barang-barang dan juga memudahkan operasi syarikat-syarikat perniagaan.

"Sebelum ini, aktiviti itu dihadkan untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja," ujar Wee.

Keputusan ini adalah hasil dari permintaan Kementerian Pengangkutan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakan kesesakan di gudang-gudang dan tempat simpanan kontena. Ia juga ialah untuk melancarkan pergerakan barang-barang yang semakin meningkat sejak ekonomi kembali dibuka.

Namun begitu, Wee mengingatkan bahawa syarikat yang terbabit perlu memastikan ia menerima kebenaran beroperasi dari CIMS oleh MITI dan ia cuma boleh menggunakan kadar pekerja selari dengan jumlah yang telah menerima vaksin lengkap.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menjelang akhir 2021, DHL akan melaksanakan program pembuktian konsep (POC) dalam mendemonstrasikan…
Berita Domestik
Satu Simposium Keselamatan Jalan Raya bagi Industri Pos, Kurier dan Logistik (POSCAL) 2019 telah…