Industri automotif Malaysia capai tahun cemerlang, Perodua kekal di tangga teratas

oleh SALINA JALIL|
Sektor automotif adalah antara yang menjana pulangan terbesar hasil daripada pelan rangsangan kerajaan, sekali gus menjadikan 2020 tahun cemerlang untuk segmen ini meskipun terdapat cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya, berikutan pandemik COVID-19.


Sebalik segala rintangan ini, syarikat pengeluar domestik berjaya mengatasi unjuran pasaran yang dibuat daripada awal tahun dan mampu mencatatkan rekod peningkatan jualan, disokong oleh insentif kerajaan serta pelancaran model baharu sebagai pemacu pertumbuhan dalam jumlah jualan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Moratorium pinjaman selama enam bulan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatian Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan pada 10 Februari untuk tempoh mulai 1 April sehingga 30 September, menggalakkan perbelanjaan pengguna dan mencetuskan penjualan, terutama untuk model mampu milik.

 

Penjualan kereta-kereta baharu dan terpakai kebanyakan jenama besar dan utama mula mencatatkan jumlah memberangsangkan tatkala memasuki suku kedua.

 

Skim PRIHATIN, bersama-sama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada 5 Jun bagi membantu memulakan kembali ekonomi selepas terjejas sedikit di celah-celah penguatkuasaan PKP dan PKP Bersyarat, adalah antara faktor yang merancakkan jualan dan jumlah keseluruhan industri (TIV).

 

Bagi sektor automotif, PENJANA menawarkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) serta 50 peratus pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang, SUV dan MPV import sepenuhnya mulai 5 Jun hingga 31 Disember.

 

 

Jualan kenderaan pada Jun 2020 meningkat kepada 44,695 unit daripada 42,586 unit pada Jun 2019.

 

Untuk enam bulan pertama 2020, TIV berjumlah 174,675 unit tetapi masih lagi rendah sebanyak 41.1 peratus berbanding 296,317 unit dalam tempoh yang sama 2019.

 

Memasuki separuh kedua 2020, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak unjuran TIV untuk keseluruhan tahun kepada sekitar 470,000 unit daripada anggaran terdahulu 400,000 unit yang diumumkan pada April.

 

Angka ini, menurut pemerhati industri masih lagi boleh diterima berikutan iklim ekonomi yang mencabar dan pengamalan prosedur operasi normal baharu semasa musim COVID-19.

 

Tanpa risiko pandemik itu, TIV Malaysia berkembang 1.0 peratus kepada 604,287 unit pada 2019 daripada 598,589 unit yang direkodkan pada 2018.

 

Dalam pada itu, Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) melaporkan insentif kerajaan semasa PKP, terutama pengecualian cukai dan moratorium, merancakkan jualan kereta terpakai sejak Jun.

 

 

Bagaimanapun, dengan berakhirnya insentif moratorium, sentimen pembelian pada suku keempat agak lebih berhati-hati.

 

Namun begitu, pengenalan model baharu dan beberapa penambahbaikan varian sedia ada serta kempen jualan akhir tahun, terus membantu meningkatkan pasaran.

 

Perniagaan terus berkembang pada suku keempat, terutama dengan pelancaran secara maya model-model popular seperti Nissan Almera Turbo baharu (5 September), varian New Honda City generasi kelima pada 13 Oktober, Proton X50 SUV (27 Oktober) dan Mitsubishi Xpander MPV tujuh tempat duduk (27 November).

 

xpander 2020

 

Ketika tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya, pengeluar kereta domestik meneruskan trajektori pertumbuhan masing-masing ke arah prestasi akhir tahun yang lebih mantap.

 

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjual lebih 195,000 kereta setakat akhir November 2020 dan dilaporkan mampu mencapai unjuran pendaftaran akhir tahun sebanyak 210,000 unit manakala Proton Holdings Bhd menjual 96,410 unit berbanding unjuran 2020 sebanyak132,000 unit.

 

Sementara itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) berkata, kajian semula insentif di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 untuk memastikan pemulihan industri penting yang memacu ekonomi negara dengan lebih pantas selepas COVID-19 telah dimuktamadkan dan kini sedang menantikan kelulusan kerajaan sebelum ia boleh diumumkan kemudian.

 

Langkah itu akan menyaksikan insentif sedia ada dalam NAP 2020 diselaraskan mengikut keperluan semasa, sekali gus membolehkan peserta automotif meraih keuntungan selepas berakhirnya COVID-19.

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Untuk mempromosikan pelaburan automotif ke dalam negara pula, India memberikan insentif cukai dan…
Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…