Industri automotif Jerman mahu teruskan jualan kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Sekumpulan pelobi industri automotif di Jerman dan kesatuan automotif terbesar di negara itu telah memohon kepada pihak kerajaan, Canselor Angela Merkel untuk membenarkan penjualan kereta di negara itu disambung secepat mungkin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kesatuan pekerja VDA dan IG Metall dalam surat kepada kanselor pada hari Khamis lalu telah berkata inventori yang tinggi bagi kenderaan yang tidak terjual berisiko dan akan menyebabkan banyak syarikat muflis.

 

Kumpulan pengimport VDIK dan persatuan peniaga ZDK juga turut menandatangani surat tersebut.

 

"Syarikat tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang tidak terjual lagi," kata kumpulan itu. "Ini bermakna penghantaran dan pengeluaran kenderaan telah sampai ke peringkat kritikal dan terhenti sepenuhnya dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya ia tidak dapat 'dihidupkan' semula.

 


Kumpulan tersebut turut berkata bahawa syarikat pengedar automotif boleh melindungi pelanggan dan pekerja mereka daripada jangkitan penyakit dengan lebih mudah berbanding kedai runcit kerana di kedai runcit ia berkonsep terbuka, tetapi bilik pameran kenderaan mempunyai kawasan yang relatif besar dan hanya mempunyai jumlah bilangan pelanggan yang kecil dan hadir pada masa yang sama, kata kenyataan itu lagi.

 

Jumlah pendaftaran kenderaan di Jerman merosot kepada 38 peratus pada bulan Mac kepada 215,119 kerana kesan pandemik Coronavirus.

 

Merkel telah berbincang dengan syarikat industri automotif, yang merupakan tulang belakang ekonomi Jerman, untuk mencari jalan bagaimana mereka boleh beroperasi semula pengeluaran. 

 


Rundingan tersebut hanya bertumpu pada pembekal automotif yang mungkin tidak dapat bertahan daripada penghentian pengeluaran yang berlanjutan.

 

Penutupan kilang yang dicetuskan oleh krisis Coronavirus ini telah mengakibatkan kehilangan pengeluaran sebanyak 1.47 juta kenderaan setakat ini, kata kumpulan industri automotif Eropah, ACEA dalam satu kenyataan yang berasingan.

 

 

 

sumber: Automotivenewseurope

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…