Ia mula beroperasi sejak tahun 1948 tetapi akhirnya kecundang kerana produk-produk GM tidak begitu popular di Australia.
Walaupun jualan SUV di Australia meningkat dan mencapai jualan sebanyak 40,000 unit untuk bulan Jun lalu, namun SUV dari GM tidak berjaya menawan hati pasaran di sana.
GM akan memindahkan pemasangan kenderaan di Australia ke Jerman di mana kilang di sana mempunyai kadar penggunaan robot yang lebih tinggi dan ia akan menurunkan kos pemasangan.
Namun begitu Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata pekerja-pekerja dari kilang automotif ini boleh diserapkan ke industri pertahanan kerana Australia bercadang untuk meningkatkan bajet untuk tentera mereka dan akan membelanjakan sebanyak A$30 billion bagi membina kapal frigate, Armoured Personnel Carrier dan juga kapal selam.