inDriver dalam proses untuk selesai isu lesen APAD

oleh HEZERI SAMSURI|
inDriver, syarikat e-hailing tempatan yang membenarkan pengguna menawar harga tambang kini dalam proses untuk menyelesaikan kemelut lesen mereka dengan agensi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut siaran akhbar yang diterima, inDriver berkata proses itu memakan masa lebih lama dari yang dijangkakan kerana ia perlu membuat beberapa perubahan pada aplikasi atas taliannya untuk menurut piawaian yang ditetapkan oleh APAD sebelum permohonan pembaharuan lesennya diterima untuk dipertimbangkan.

inDriver akan terus bekerjasama dengan APAD dan agensi berkaitan untuk memastikan operasinya akan dapat disambung semula.

Sebelum ini, media melaporkan pejabat urusan inDriver diserbu pada 7 September lalu kerana lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh.

inDriver ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di California, USA tetapi ia berasal dari Yakutsk, Russia dan ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar universiti di situ dalam tahun 2012. inDriver berasal dari perkataan Independent Driver.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…
Informasi
  "Pengguna pengangkutan awam perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah…
Berita Domestik
  Katanya, sepanjang tempoh PKP ini, pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan…