Indonesia umum penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi kerajaan, tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan: Tesla Model S
Selepas mengumumkan perancangan untuk membina kilang bateri kereta elektrik (EV) dengan syarikat luar, kerajaan Indonesia kini mengorak satu langkah ke hadapan dengan mengumumkan penggantian kenderaan rasmi kerajaan dengan kereta elektrik sepenuh masa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Autonetmagz, rancangan yang digelar sebagai Kendaraan Bermotor Listrik Berbasis Baterai (KBLBB) itu akan dilaksakan menjelang tahun hadapan (2021), termasuklah menggunakan motosikal pengiring berkuasa elektrik sepenuhnya.

Perancangan menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi kerajaan sebenarnya bukanlah cerita baharu, memandangkan sebelum ini Luhut Binsar Panjaitan selaku Menteri Koordinasi pernah melahirkan hasrat untuk melihat penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi untuk menteri dan pegawai berpangkat tinggi.

Harapan beliau adalah untuk menjadikan langkah ini sebagai satu dorongan kepada golongan rakyat beralih kepada penggunaan EV.
 

Toyota Crown Hybrid


Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah bertindak menggantikan kenderaan rasmi kerajaan kepada model Toyota Crown Hybrid semenjak Oktober 2019 bagi menggantikan model terdahulu, Toyota Crown Royal Saloon yang telah berkhidmat selama 10 tahun (2009-2019).

Namun, berita tersebut tidak memaklumkan model EV yang mana akan dipilih untuk menjadi kenderaan rasmi kerajaan.


Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…