Indonesia uji keretapi guna diesel 40 peratus campuran minyak sawit

oleh Penyumbang Rencana|
Indonesia menjalankan ujian pertama lokomotif diesel yang menggunakan bahan api yang mengandungi 40 peratus minyak sawit, sebagai sebahagian usaha meningkatkan penggunaan bahan api biodiesel berasaskan sawit dalam pelbagai jenis pengangkutan.

Program itu yang dikenali sebagai Biodiesel 40 (B40), menguji kebolehlaksanaan bahan api yang lebih bersih yang terdiri daripada 40 peratus asid lemak metil ester (FAME) yang diperoleh daripada minyak sawit mentah dan 60 peratus diesel bahan api fosil.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Campuran itu bertujuan untuk menyediakan sumber bahan api alternatif untuk kenderaan.

Dijalankan secara kolaboratif oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral dan pengendali kereta api milik kerajaan PT KAI, percubaan pada Isnin menggunakan kereta api Bogowonto dalam perjalanan antara stesen Lempuyangan di Yogyakarta dan stesen Pasar Senen di Jakarta.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Tenaga Baharu dan Boleh Diperbaharui kementerian, Eniya Listiani Dewi, berkata percubaan itu bertujuan menguji ketahanan set penjana kereta api Bogowonto selama 1,200 jam.

Dengan anggaran tempoh 22 jam setiap perjalanan pergi balik dari Lempuyangan ke Pasar Senen, Dewi menganggarkan bahawa keputusan akan dicapai dalam masa kira-kira dua bulan.

Kami berharap semua ujian dapat disiapkan pada Disember ini supaya penggunaan B40 dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2025," kata Dewi.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini adalah penambahbaikan yang kita buat untuk penumpang dari KL ke Ipoh selaras dengan projek…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, State Railway of Thailand (SRT) sedang bekerjasama dengan Lao National…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…