Indonesia terima Land Cruiser baharu - harga dari RM680k

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengedar rasmi Toyota di Indonesia, PT Toyota Astra Motor (TAM) telah membuka tirai 2022 dengan SUV legenda global, Land Cruiser.

Menurut presiden TAM, Susumu Matsuda, pelancaran Land Cruiser 2022 di Indonesia adalah seraya dengan tren SUV yang semakin popular di negara republik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Land Cruiser pasaran Indonesia menggunakan enjin 3,346cc V6 turbo dengan 305PS dan transmisi 10-kelajuan Direct Shift.

Ia juga menggunakan paltform TNGA-F yang baharu dan menggunakan sistem gantungan double-wishbone di hadapan dan 4-link Coil di belakang.

 

 

Bagi varian GR Sport, ia diberikan fungsi Electronic Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang mampu menjamin pengendalian terbaik bagi sebuah SUV dengan kerangka ladder frame.

Dua varian diperkenalkan di sana dan paling penting sekali, ia membuktikan Indonesia sudah keluar dari pasaran kenderaan harga rendah kepada pasaran automotif yang sudah bersedia dengan model-model premium global.

Tahniah Indonesia!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…