Indonesia sedia insentif menarik kepada sektor bateri lithium, kenderaan EV

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Indonesia bersedia untuk mengumumkan polisi baharu berkenaan kenderaan elektrik yang bakal menawarkan pelbagai insentif kepada pengeluar automotif, selain mensasarkan untuk menjadi hab pengeluar bateri lithium.

Ia diutarakan oleh timbalan menteri industri, Harjanto minggu lalu dengan sasaran 20% daripada kenderaan yang dihasilkan di Indonesia adalah EV menjelang tahun 2025.

Sebagai hab produksi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand, Indonesia juga merancang untuk memperkenalkan pelepasan cukai kepada pengeluar bateri serta syarikat automotif, serta perjanjian tarif istimewa yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap EV.

"Semakin rendah emisi karbon yang dihasilkan, semakin rendah cukai yang bakal dikenakan," tambah sumber rasmi itu lagi. 

Menurut beliau lagi, perbincangan mendalam telah dilakukan antara syarikat-syarikat Jepun dan Korea dalam usaha untuk melaksanakan misi ini, namun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut. 
 


Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai syarikat yang terlibat, sebelum ini Hyundai merancang untuk melabur hampir US$880 juta (RM3.6 billion) untuk memasang dan memproduksi EV di Indonesia. 

Baca: Indonesia 1 - Malaysia 0 

Mitsubishi juga sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dalam usaha untuk menyediakan infrastruktur kajian EV di sana. 

Menurut Harjanto lagi, projek bateri lithium bernilai $4 billion itu bakal dilaksanakan di kepulauan Sulawesi dengan jangkaan masa kira-kira 16 bulan untuk disiapkan. 

Sebagai kuasa ekonomi yang terbesar di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai rezab simpanan bijih nikel laterit, salah satu komponen penting di dalam bateri lithium ion bagi menggerakkan EV. 

Sehingga kini, di Morowali - tapak asal projek yang dicadangkan - terdapat 20 fasiliti pemprosesan bijih nikel yang akan membekalkan kira-kira 1.5 juta tan besi mentah setahun. 

Awal tahun ini, Malaysia turut melahirkan hasrat untuk menjadi hab pengeluar bateri di rantau ASEAN, dan ia dijangka mengambil masa kira-kira 12 bulan sebelum memulakan fasa produksi bateri lithium ion jenis 16850 itu. 

Baca: Malaysia sasar jadi hab pengeluar bateri serantau Asean

Sumber: Automotive News 

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…