Indonesia sasar penghasilan 600 ribu EV, 2.5 juta motosikal elektrik menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Indonesia meletakkan sasaran untuk menjadi hab produksi kenderaan elektrik di rantau ini, dengan mensasarkan penghasilan EV sebanyak 600,000 unit, serta 2.5 juta motosikal elektrik menjelang 2030.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Jakarta Globe, Indonesia juga turut menyediakan pelan bercita-cita tinggi untuk menjadi pemain utama di dalam peneraju di dalam rantaian bekalan bateri lithium-ion di peringkat global.

Menurut Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita dalam satu kenyataan berkata, "bateri merupakan komponen yang paling berharga di dalam sesebuah EV, ia merangkumi 35 peratus daripada kos produksi dan antara kelebihan yang ada pada negara Indonesia adalah simpanan nikel terbesar di dunia.

Kerajaan Indonesia juga telah membentangkan EV Roadmap yang menetapkan pelbagai insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan di dalam industri EV yang semakin berkembang, selain menetapkan pengecualian daripada cukai dan duti import dan ansuran bulanan faedah rendah untuk pengguna.

Selain daripada itu, pemilik EV juga berhak mendapat potongan harga untuk peningkatan kapasiti tenaga elektrik untuk kegunaan isi rumah, tambah beliau lagi.

 

gambar hiasan, sumber Nikkei.


Menurut Agus, terdapat sembilan buah syarikat di Indonesia yang sedia untuk menyokong industri bateri - bermula dari pembekal bahan mentah sehinggalah kepada pengeluar produk akhir.

Salah satu daripada pengeluar bateri, Industri Baterai Indonesia (IBI) mengesahkan produksi massa bakal bermula pada tahun 2025.

Menurut wakil IBI, Toto Nugroho berkata, "salah satu daripada kilang akan memulakan operasi pada tahun 2022 untuk menghasilkan bateri dengan kapasiti 10 gigawatt jam.

 


Hyundai merupakan salah sebuah daripada syarikat automotif pertama yang mengumumkan pelan produksi EV di Indonesia, di mana EV pertama buatan negara itu akan dilancarkan menjelang Mac tahun depan.

Hyundai telah pun membangunkan sebuah kilang bernilai $1.5 bilion di bandar Cikarang, Jawa Barat yang memiliki kapasiti produksi sehingga 200,000 unit setahun.

Menurut CEO Hyundai Motor Asia Pasific, Lee Kang Hyun berkata, "tahun depan, kami akan melancarkan dua buah model ICE dan sebuah model EV, dan menjelang Mac 2022, kami akan melancarkan sebuah EV pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya.

Selain daripada Hyundai, beberapa syarikat pengeluar automotif turut berminat melabur di Indonesia seperti Toyota yang menjanjikan pelaburan bernilai Rp 28.3 trilion, Honda (Rp 5.2 trilion), Suzuki (Rp 1.2 trilion) dan Mitsubishi (Rp 11.2 trilion).

Sumber: Jakarta Globe

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…