Indonesia rancang kenaikan harga bahan api

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Dalam laporan media pada hari Isnin, berdasarkan komen Menteri Tenaga Indonesia, kerajaan negara tersebut merancang untuk menaikkan harga bahan api bagi mengawal subsidi tenaga yang melonjak.


Kenaikan harga itu juga akan dilengkapi dengan peraturan baharu penjualan bahan api bersubsidi yang akan dikeluarkan bulan ini, menurut komen Menteri Tenaga Arifin Tasrif seperti mana di laporkan oleh beberapa media tempatan, termasuk laman web berita Bisnis.com.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimana pun pegawai di kementerian tenaga, kewangan dan ekonomi negara itu tidak menjawab permintaan Reuters untuk memberi komen.


Firma tenaga negeri Pertamina, yang menjual bahan api bersubsidi, turut enggan mengulas dan berkata dasar harga bahan api adalah domain kerajaan.


Indonesia telah menaikan tiga kali ganda bajet subsidi tenaga kepada 502 trilion rupiah ($34.06 bilion) tahun ini untuk mengekalkan harga petrol bersubsidi dan diesel serta beberapa tarif kuasa untuk kekal tidak berubah di tengah-tengah kenaikan harga tenaga global.
 

gambar hiasan

 

Minggu lalu, pegawai kementerian kewangan berkata jumlah itu mungkin tidak mencukupi berikutan peningkatan permintaan bahan api.


Pertamina berkata setakat Julai, mereka telah menjual 9.9 juta kiloliter diesel bersubsidi, kira-kira dua pertiga daripada jumlah kuota bagi tahun itu, manakala jualan petrol bersubsidi mencecah 16.8 juta kiloliter, atau 73 peratus daripada kuota 2022.


Presiden Joko Widodo, dalam penampilan umum baru-baru ini, telah menyebut peruntukan subsidi tenaga tahun ini terlalu besar, tetapi tidak merujuk kepada sebarang rancangan untuk menaikkan harga bahan api.


Bank pusat turut berkata bajet subsidi yang besar telah membantu ekonomi terbesar Asia Tenggara itu mengekalkan inflasi secara relatifnya rendah tahun ini dan ini memberi ruang kepada pembuat dasar monetari untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah. 


Bank Indonesia adalah salah satu daripada beberapa bank pusat Asia yang tidak menaikkan kadar penanda arasnya walaupun ketika era pandemik.


Said Abdullah, ahli kanan parti politik presiden, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), memberitahu Reuters bahawa harga bahan api perlu dinaikkan dua kali tahun ini untuk menguruskan beban fiskal yang semakin meningkat. Beliau turut mencadangkan kenaikan pertama dibuat pada akhir Ogos.


Said yang menyandang tugas jawantankuasa belanjawan parlimen turut berkata kerajaan juga harus meningkatkan perbelanjaan untuk membantu golongan miskin menghadapi kesan kenaikan harga.

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Domestik
  Katanya, dengan peningkatan ketara harga minyak dunia disebabkan oleh perang Russia-Ukraine,…