Indonesia mulakan ujian teksi terbang Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran, Indonesia bakal memulakan proses pengujian teksi terbang menjelang Oktober ini.

Menurut laporan daripada CBNC Indonesia, Ketua Pengarah Prestige Image Motorcars menjelaskan model eHang 216 yang baharu sahaja diimport itu masih lagi dalam proses permohonan lesen sebelum dibenarkan membuat demonstrasi pada bulan Oktober.

Jelasnya lagi, orang awam bakal dibenarkan menggunakan perkhidmatan tersebut pada tahun hadapan.
 

216


AAV (Autonomous Aerial Vehicle) eHang 216 dikatakan mampu terbang sekitar 20 hingga 30 minit dengan jarak penerbangan sejauh 35 km, namun pada masa akan datang ia berkemungkinan mampu melakukan penerbangan sehingga empat jam.

"Teksi terbang bukanlah satu gaya hidup, akan tetapi ia menjadi mod pengangkutan baharu di dalam era mobiliti udara urban.

Disebabkan keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak, eHang 216 tidak memerlukan landasan yang khusus seperti kapal terbang konvensional.

Sementara itu, dalam laporan terdahulu Malaysia Airports telah menandatangani perjanjian MoU dengan Skyport dan Volocopter untuk melaksanakan pembinaan terminal kenderaan eVTOL pertama negara.

Sumber: CNBC Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Negara gajah putih itu ialah pusat pengeksport kenderaan dan juga komponen automotif yang terbesar…
Berita Global
  Kebanyakan saman trafik yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar,…
Berita Global
Berbanding Yaris Cross yang terjual di beberapa pasaran, Yaris Cross serba baharu untuk pasaran…