Indonesia mahu hasilkan diesel dari sawit menjelang 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Indonesia merancang untuk menghasilkan diesel hijau yang dibuat dari minyak sawit menjelang tahun 2022 dengan kadar pengeluaran 3.7 juta kiloliter.

Ini dinyatakan oleh pegawai kanan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral negara itu semalam.

Diesel hijau ialah sejenis biodiesel generasi kedua. Sekarang ini, negara penghasil terbesar minyak sawit dunia itu menghasilkan biodiesel yang dibuat dari adunan Fatty Acid Methyl Ester (FAME) dari minyak sawiit dan minyak fosil.


Diesel hijau pula dihasilkan melalui proses penapisan bersama minyak fosil mentah dan hasil sawit dalam satu proses tunggal, atau pun penapisan minyak sawit menggunakan loji tapisan khusus.

PT Pertamina, syarikat minyak Indonesia bercadang untuk menghasilkan loji penapisan yang mampu menghasilkan diesel dari minyak sawit.

Menjelang 2024, Indonesia dijangka mampu menghasilkan 6.1 juta kiloliters diesel hijau.

Menurut FX Sutijastoto, Ketua Pengarah Sumber Tenaga Mapan di kementerian tersebut berkata ada tujuh syarikat yang berminat untuk membina loji tapisan bagu menghasilkan diesel hijau itu, termasuk Wilmar International, syarikat asas tani dari Singapura.

Mulai Januari 2020, Indonesia akan mewajibkan penggunaan bahan api diesel B30, iaitu 30 peratus kandungan FAME. Sekarang ini, ia menggunakan diesel B20.

Kementerian juga menjangka Indonesia akan menggunakan sebanyak 10.1 juta kiloliter FAME dalam tahun 2022.

Presiden Joko Widodo melihat penggunaan program biodiesel ini sebagai satu cara untuk mengurangkan defisit akaun akibat import masuk sumber tenaga.

Ia juga membantu meningkatkan permintaan sawit di Indonesia.

Jokowi juga mahu mengembangkan lagi program biodiesel dan mengarahkan kajian dilakukan untuk menggunakan campuran minyak sawit dengan bahan api jet.

Malaysia masih menggunakan bahan api diesel B10 tetapi mengekalkan adunan B7 untuk diesel Euro 5. Indonesia juga masih menjual diesel asli tanpa campuran bio tetapi dijual dengan harga yang sangat tinggi.


* Laporan asal dari Reuters


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi Motors Philippines Corporation menyatakan kempen panggil semula model MPV Xpander adalah…
Berita Global
Menurut Menteri Koordinator hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Pandjaitan bercakap kepada Reuters…
Berita Global
Ini menjadikan India sebagai satu-satunya negara di rantau ini yang masih memproduksikan model…