Indonesia lancar projek ubahsuai motosikal berenjin kepada motosikal elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran, Indonesia dalam satu kenyataan Rabu lalu telah melancarkan projek perintis untuk mengubahsuai motosikal berkuasa enjin pembakaran dalaman kepada motosikal berkuasa elektrik.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk menjadikan sistem pengangkutan yang lebih hijau, selain bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Menurut kenyataan kementerian tenaga, projek itu sehingga kini sudah pun berjaya mengubahsuai 10 buah motosikal dan merancang untuk menambah 90 lagi unit motosikal menjelang bulan November ini.

Di bawah strategi nasional, kerajaan Indonesia mensasarkan untuk mencapai 13 juta unit motosikal elektrik termasuk model yang telah diubahsuai, serta 2.2 juta kereta elektrik di atas jalan menjelang tahun 2030, selain menghentikan penjualan kereta berenjin konvensional pada tahun 2050.

Menurut Menteri Tenaga Arifin Tasrif menjelaskan, "untuk mencipta skala ekonomi, kita perlu mencipta pasaran terlebih dahulu."

Teknologi penukaran ini akan disasarkan kepada sektor perniagaan kecil dan sederhana, selain ditujukan kepada sistem pengangkutan awam seperti bas.

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Bambang Soesatyo, Ketua Umum Ikatan Motor Indonesia (IMI), litar drag itu akan menjadi…
Model Terbaharu
SUV tujuh tempat duduk itu didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan…
Berita Global
Fendi, atau Atan, peniaga makanan dari Serdang, Selangor berkata Chery Eastar miliknya tidak…