Indonesia kaji subsidi RM2k untuk pembelian skuter elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Indonesia dikatakan sedang bersedia untuk memberikan insentif-insentif khusus bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan kenderaan elektrik (EV).

Antara yang bakal diumumkan ialah insentif yang mampu meningkatkan penjualan EV yang dilihat sudah mula menunjukan peningkatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Gaikindo (Persatuan Industri Automotif Indonesia), konsumer Indonesia telah membeli lebih dari 10,000 unit EV dalam tahun 2022, peningkatan mendadak dari lebih kurang 600 unit untuk tahun 2021.

Jenama China, Wuling memegang lebih dari 75 peratus jualan EV dalam tahun 2022. Wuling Air EV, kenderaan EV mini dijual di Indonesia bermula dari harga RM67,000.

Sebagai perbandingan, Daihatsu Sirion 1.3L yang diimport dari Malaysia dijual dari harga RM64,300. 

Hyundai Ioniq 5 pula dijual di Indonesia pada harga serendah RM211,000, dan ia dipasang di kilang Hyundai di Cikarang, Indonesia.

 

 

Kerajaan Indonesia mensasarkan 25 peratus dari TIV untuk negara itu dalam tahun 2025 adalah terdiri dari EV dan insentif sedang diperhalusi untuk memastikan objektif tersebut tercapai.

Ia adalah satu jumlah yang besar kerana jumlah keseluruhan jualan kenderaan (TIV) bagi republik itu untuk tahun 2022 ialah 1,048,040 unit tetapi tidak mustahil, sekiranya wujud insentif yang sesuai.

Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, ketika ditemubual oleh Nikkei Asia pada Rabu lalu berkata pakej rangsangan EV yang bakal diumumkan kelak akan termasuk subsidi bernilai 7 juta rupiah (hampir RM2,000) untuk setiap pembelian skuter elektrik.

Namun begitu, cadangan tersebut menerima tentangan dari pengkritik kerajaan yang percaya sebarang subsidi perlu dikhususkan kepada bantuan penduduk miskin.

Kritikan itu juga membongkar isu di mana ada kepimpinan di dalam kerajaan negara itu bakal meraih keuntungan peribadi dari peningkatan penggunaan EV.

Antaranya ialah saham pegangan Luhut di dalam syarikat Toba Sejahtra yang mempunyai kepentingan di dalam syarikat TBS. 

 

 

Tahun lalu, TBS menubuhkan syarikat usahama Electrum bersama Gojek yang bakal membekalkan 2 juta unit skuter elektrik untuk penunggang p-hailing syarikat itu dalam tempoh 10 tahun ini.

Walaupun ada yang mempertahankan Luhut dengan menunjukan beliau cuma mempunyai saham sebanyak 9.9 peratus di dalam Toba Sejahtra dan menurut Septian Hario Seto, timbalan kepada Menteri itu, "Luhut sedang dalam proses untuk menjual saham-saham tersebut".

Pembongkaran terus berlaku di mana penganalisis dari Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan dari Jakarta, Andry Satrio Nugroho menuduh sektor perlombongan dan pemprosesan galian nikel mempunyai kaitan dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Indonesia ialah pengeluar nikel terbesar dunia. Galian tersebut menjadi komponen utama dalam penghasilan bateri EV jarak jauh.

Banyak syarikat antarabangsa sedang beroperasi di kepulauan Halmahera dan Sulawesi untuk menggali dan memproses nikel, termasuk syarikat bateri China, CATL dan LG Energy Solution dari Korea.

Andry juga menegaskan campurtangan pemimpin yang mempunyai kepentingan dalam industri akan meningkatkan risiko kewujudan subsidi EV yang hanya menguntungkan penghasil dan pengedar kenderaan elektrik, bukannya pengguna.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…