Indonesia jual motosikal, kereta elektrik sahaja bermula 2050

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran, Indonesia mensasarkan tahun 2050 sebagai tahun permulaan penjualan hanya motosikal dan kereta berkuasa elektrik sahaja bagi menggantikan enjin pembakaran dalaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh menteri tenaga, Arifin Tasrif berkata, motosikal elektrik akan mula dijual pada tahun 2040, manakala semua kereta baharu mesti berkuasa elektrik bermula 2050.

Namun, menurut Dadan Kusdiana dari kementerian yang sama menjelaskan, "kami tidak mempunyai apa-apa polisi untuk menghentikan penjualan kenderaan petrol dan diesel, hanya penggunaan kenderaan elektrik yang datang dengan insentif.

Dalam tempoh satu dekad yang lalu, negara dengan populasi keempat terbesar di dunia itu secara purata menjual 6.5 juta motosikal dan 1 juta kereta setiap tahun.

Malah, sehingga 2019, negara itu mempunyai lebih daripada 15 juta kenderaan dan 112 juta motosikal di atas jalan raya berdasarkan data daripada persatuan industri automotif Indonesia.

Masalah pencemaran udara telah membelenggu Indonesia setelah sekian lama, di mana ibu negara Jakarta sering kali menduduki tangga teratas sebagai bandar yang paling tercemar di rantau ini.

Disebabkan itu, Indonesia kini aktif dalam usaha untuk beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik, selain bercita-cita untuk menjadi hab produksi EV global.

Negara itu juga giat mempertingkatkan usaha menarik minat pelabur untuk memproduksi pek bateri di negara itu memandangkan mereka mempunyai sumber bijih yang diperlukan dalam komponen penting sesebuah EV.

Malah, gergasi ride-hailing Indonesia, Gojek turut mengumumkan mereka bakal menggunakan motosikal dan kereta berkuasa elektrik untuk platformnya menjelang tahun 2030.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…