Indonesia jalin kerjasama dengan CATL, LG Chem bina kilang bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Indonesia telah menandatangani perjanjian untuk membina sebuah kilang bateri lithium dengan syarikat pengeluar bateri Korea Selatan LG Chem dan syarikat China Contemporary Amperex Technologi Ltd (CATL).

Menurut laporan dariapda The Economic Times, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan berkata, Indonesia mensasarkan tahun 2024 untuk memulakan produksi bateri lithium.

"Kami telah menandatangani perjanjian dengan LG Chem dan CATL, dan proposal telah pun dibuat," katanya dalam satu semitar maya pada Selasa lalu.

Beliau menambah perjanjian tersebut merangkumi skala projek, garis masa dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada kedua-dua syarikat tersebut.

Luhut walaubagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar kos pelaburan bagi kilang bateri tersebut.

Pihak Lembaga Penyelaras Pelaburan Indonesia pada Jun lalu menyebut LG Chem sedang mempertimbangkan pelaburan bernilai $9.8 billion, manakala CATL dikatakan sudah pun melabur di sebuah kilang di pulau Sulawesi untuk mengekstrak bahan kimia nikel yang digunakan untuk bateri EV.

Indonesia juga telah menghentikan eksport nikel yang belum diproses awal tahun ini bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi.

Sumber: The Economic Times
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…
Berita Global
  Katanya, mereka meminta kunci kenderaan tersebut yang sudah beberapa bulan tertangguh bayaran…
Berita Global
Dibina khusus untuk pasaran Indonesia, Hyundai Creta facelift ini membawakan perubahan yang agak…