Indonesia dapat Honda CBR150R 2021 - adik CBR250RR yang lebih mampu milik!

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran negara jiran Indonesia baharu sahaja mendapat model reraup penuh Honda CBR150R 2021 yang membawakan beberapa perubahan yang menjadikannya lebih agresif untuk sebuah motosikal aras mula.
Modenas

Ciri yang paling ketara diperlihatkan adalah rupa secara keseluruhan yang menggunakan rekaan inspirasi daripada jentera Honda CBR250RR, sementara unit lampu pula adalah dari jenis LED sepenuhnya.

 


Ia didatangkan dengan enjin silinder tunggal 149 cc dengan sistem suntikan bahan api yang menghasilkan 17.1 PS pada putaran enjin 9,000 rpm dan 14.4 Nm daya kilas @ 7,000 rpm.

Sistem transmisi pula dilengkapi dengan ciri klac assist/slipper, sementara sistem gantungan pula mendapat fork hadapan jenis terbalik yang tidak boleh dilaras, manakala bahagian belakang mendapat lengan ayun dengan monoshock yang hadir dengan tetapan pelarasan pra-beban.

 


Sistem pemberhentian pula terdiri daripada brek cakera depan dan belakang, dan ciri bantuan ABS untuk model tertentu.

Terdapat sehingga lima pilihan warna yang disediakan termasuklah warna edisi Repsol yang khusus untuk varian ABS sahaja.

 


Harga jualan Honda CBR150R 2021 di pasaran Indonesia bermula dari 35.9 juta (RM10,331).

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Warna baharu untuk versi facelift ini adalah Dominator Matte Black di mana ia menggayakan warna…