INDONESIA BELANJA LEBIH BANYAK UNTUK SUBSIDI BIODIESEL DARIPADA DANA YANG DIKUMPULKAN PADA TAHUN 2020

oleh Penyumbang Rencana 2|
INDONESIA membelanjakan lebih banyak untuk subsidi biodiesel daripada dana yang dikumpulkannya melalui pungutan eksport tahun ini.

Presiden Dana Tahunan Estet (BPDP), Eddy Abdurrachman berkata, pengiraan anak syarikat milik kerajaan itu mendapati hasil program subsidi minyak sawit berjaya mengumpulkan hampir IDR 18 trilion untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujarnya, IDR 25,7 trilion pula dibelanjakan untuk mensubsidi perbezaan harga antara minyak mentah dan minyak sawit. 

"Pada tahun 2020 harga minyak mentah cenderung turun, sementara tren minyak sawit naik sehingga ada jurang harga yang harus ditanggung oleh BPDP, " katanya. 

Indonesia mewajibkan dieselnya dicampur dengan 30 peratus biokonten yang terbuat dari minyak sawit. 

Langkah itu dibuat untuk mengelakkan terlalu bergantung kepada import bahan bakar dan menghentikan penawaran sawit.

Namun penurunan harga bahan bakar tahun ini menjadikan langkah tersebut kurang ekonomik dan rancangan untuk meningkatkan biokonten hingga 40 peratus telah ditangguhkan kerana masalah pendanaan.

Untuk mengumpulkan dana, Indonesia mengumumkan pungutan eksport yang lebih tinggi terhadap eksport minyak sawit mentah (CPO) awal bulan ini dari USD $55 per tan ke sistem levi progresif USD $55 -USD $255 bergantung pada harga pasaran. 

Menurut Eddy, dengan sistem pungutan baru, BPDP menjangka akan mengumpulkan antara IDR 36 hinga IDR 45 trilion rupiah tahun depan untuk membiayai program biodidesel dan program penanaman kembali untuk petani kecil. 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz