Indonesia bakal tawarkan subsidi sehingga RM22 ribu untuk kenderaan EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan bahawa kerajaan Indonesia bakal menawarkan insentif sehingga IDR80 juta (RM22 ribu) khusus untuk EV pemasangan tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmit, bagaimanapun pelaksanaan insentif tersebut masih belum diputuskan.

Langkah itu dilihat sebagai salah satu cara kerajaan Indonesia untuk mengurangkan tekanan pada belanjawan negara.

 

ayla

 

Memandangkan harga minyak yang melambung tinggi, kerajaan Indonesia mengekalkan harga minyak yang rendah dengan subsidi mencecah sehingga IDR687 billion (RM193 billion).

Perkembangan EV dalam pasaran Indonesia dilihat amat memberangsangkan dimana Hyundai dan Mitsubishi telah pun memulakan operasi di kilang EV mereka di Indonesia.

Toyota pula telah melabur dalam pengeluaran hibrid tempatan dan pada awal tahun ini pengeluar kereta Jepun itu mempamerkan Innova EV Concept yang dihasilkan oleh kilang Toyota Astra Motor.

 

wuling

 

Selain itu, jenama EV dari China,Wuling telah membuka 126 pengedar di seluruh Indonesia dan model Wuling Air EV telah digunakan sebagai kereta rasmi untuk Sidang Kemuncak G20 Bali pada November lepas.

Kerajaan Indonesia berharap dengan penawaran insentif itu akan dapat meningkatkan pengunaan dan penjualan kenderaan elektrik menjelang tahun 2023.

 

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata…
Berita Domestik
Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…