Indonesia bakal halang pendaftaran semula kenderaan tamat tempoh cukai jalan lebih 2 tahun

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Jakarta Post
Kerajaan Indonesia bakal melaksanakan pemansuhan data pendaftaran kenderaan bagi pemilik yang sengaja menangguhkan pendaftaran kenderaan luput sehingga dua tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan CNN Indonesia, dasar ini bukanlah satu perkara baharu memandangkan asas hukumnya telah pun ditetapkan di dalam Undang-undang No. 22 tahun 2009 berkenaan Lalu Lintas dan Pengangkutan pada 22 Jun 2009.

Perkara 74 Perenggan 2 Poin b telah menetapkan bahawa penghapusan pendaftaran kenderaan boleh dibuat sekiranya pemilik tidak membuat pendaftaran semula dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun selepas tempoh sah STNK (Surat Tanda Nomor Kenderaan) tamat.

Ini bermakna, pemilik yang sengaja membiarkan STNK mati selama dua tahun dengan tidak membayar yuran pembaharuan beserta Cukai Kenderaan Bermotor (PKB) akan berdepan dengan risiko data dihapuskan.

Setelah data dipadamkan, kenderaan itu tidak lagi sah digunakan di atas jalan umum, dan pemilik juga berkemungkinan besar tidak boleh mendaftarkan semula kereta tersebut mengikut Perkara 74 Perenggan 3.

Setakat ini, tiada sebarang kepastian berhubung bilakah ia akan dilaksanakan, namun ia dilihat bertujuan untuk memastikan pengkalan data yang lebih terkini untuk menyokong pelaksanaan Penguatkuasaan Undang-Undang Lalu-Lintas Elektronik ELTE dengan lebih berkesan.

Sumber: CNN Indonesia