Indonesia akan mula produksi massa EV menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Negara jiran kita, Indonesia kekal komited untuk memulakan produksi massa kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2025 sebagai satu cara untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program baharu yang diperkenalkan, Indonesia merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 19,000 unit EV dan 750,000 motosikal elektrik menjelang tahun 2025, berdasarkan laporan daripada Xinhua. 

Menurut menteri tenaga dan sumber mineral Indonesia Arifin Tasrif, pihak kementerian menjangkakan negara tersebut akan mengurangkan sehingga 283,000 tan CO2 berdasarkan angka unjuran bilangan EV di atas jalan pada tahun 2025.

Beliau berkata, "penggunaan EV dijangkakan akan meningkatkan kualiti udara dan membantu negara untuk mencapai target pengurangan emisi gas rumah hijau nasional. 

Tambah lagi, langkah ini adalah bertepatan dengan komitmen negara terhadap Paris Agreement yang mengunjurkan pengurangan emisi gas rumah hijau sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang tahun 2030.
 

sumber: Asia Nikkei


Selain daripada itu, Arifin turut menambah Indonesia sedang berusaha untuk meningkatkan sokongan infrastruktur dengan membina lebih banyak stesen pengecasan di 2,400 buah lokasi, serta 10,000 stesen penukaran bateri menjelang tahun 2025.

Indonesia merupakan antara negara ASEAN yang giat menjalankan usaha untuk menjadi sebuah hab serantau bagi pengeluaran EV dan bateri. 

Bulan lalu, Hyundai dalam satu kenyataan akan memulakan pemasangan EV di negara tersebut bermula tahun 2022, diikuti dengan syarikat CATL yang ingin melabur membina kilang penghasilkan bateri dengan jumlah pelaburan bernilai RM20.6 billion, serta produksi awalan yang bermula tahun 2024.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…