Indonesia 1 : Malaysia 0 - Hyundai buka kilang kereta elektrik di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat gergasi automotif Korea, Hyundai Motor Co. bercadang untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Indonesia sebagai sebahagian daripada pelaburan bernilai US$880 juta (RM3.67 billion) dalam sektor automotif di negara jiran itu.

Menurut laporan Reuters, berita tersebut diumumkan oleh Harjanto, Direktor Jeneral Industri Logam, Mesin, Alat Transportasi dan Elektronika di bawah Kementerian Perindustrian Republik Indonesia.

Cadangan pembinaan kilang pembuatan kenderaan itu adalah selaras dengan tindakan Kumpulan Hyundai untuk mengurangkan harapan terhadap pasaran China.

Persaingan antara syarikat kenderaan di China semakin sengit dan ini ditambah dengan ketegangan diplomatik antara Seoul dan Beijing.

Gabungan Hyundai Motor dan Kia Motors yang kini berada di tangga kelima dalam carta pembuat kenderaan terbanyak dunia bakal membina sebuah kilang kenderaan di Indonesia dengan kadar pengeluaran maksimum sebanyak 250,000 unit setahun - termasuk kenderaan EV.

Harjanto berkata Indonesia mempunyai bekalan bijih nickel laterite yang mencukupi untuk penghasilan bateri lithium-ion yang digunakan oleh EV.

Beliau juga berkata Indonesia bercadang untuk mengeksport 53  peratus dari kenderaan yang dihasilkan di kilang Hyundai itu ke negara-negara di Asia tenggara dan Australia.

Selebihnya ialah untuk pasaran domestik Indonesia sendiri.

Hyundai pula telah membuat pengumuman Jumaat lalu bahawa ia sedang bercadang untuk mengembangkan pasaran mereka di Asia Tenggara tetapi ia tidak pula mengumumkan pembinaan sebarang kilang di rantau ini.

Jenama Korea itu tidak begitu popular di Indonesia. Dari Januari sehingga Oktober (tahun ini), ia hanya mampu menjual sebanyak 1,372 unit sahaja. 

Dalam masa yang sama Toyota menjual 463,565 unit kenderaan di republik itu.

Di Singapura pula, Hyundai bulan lalu mengumumkan pelaburan US$250 juta (RM1.04 billion) dalam operasi Grab dengan menawarkan kenderaan EV kepada oemandu Grab di Asia Tenggara.

Mungkinkah kenderaan EV untuk Grab itu akan dibina di Indonesia? Kita sama-sama nantikan perkembangan berita ini.

Sementara itu di Malaysia, masih lagi tidak ada apa-apa berita menarik mengenai syarikat kenderaan nasional baharu yang mungkin akan berteraskan kenderaan EV juga.

Yang pasti, menteri-menteri tidak berkaitan membuat pengumuman "glamour" tanpa memberi sebarang butiran terperinci.

Mungkin mereka ingat membina kereta itu seperti membuat kuih bahulu ikan. Nasihat kami, YB jangan malukan diri dengan kenyataan kurang bernas. 

Pembuatan kenderaan memerlukan lebih dari satu kementerian untuk ia berjaya. 

Ia memerlukan sokongan dari satu negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…