SWCorp Johor dalam kenyataannya memberitahu siasatan telah dijalankan bagi mengesan pelaku berdasarkan aduan salah laku pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang ditularkan di akaun Tik Tok pada 11 Januari lalu.
"Pelaku dikesan melalui nombor pendaftaran kenderaan dan Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan.
"Pelaku hadir ke Pejabat SWCorp Cawangan Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.
Menurut SWCorp Johor, kes disiasat mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
"Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
- manusia diberikan akal tetapi masih ramai yang gagal menggunakannya -