Individu di sebalik imej baru Jaguar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengumuman logo dan identiti baharu Jaguar baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan peminat dan pemain dalam industri automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Jaguar telah memuat naik iklan baharu di akaun media sosialnya yang menampilkan kumpulan model pelbagai latar belakang dengan pakaian berwarna-warni dengan menyatakan slogan seperti “live vivid”, “delete ordinary” dan “Copy nothing.”

Iklan itu memperkenalkan logo baharu dengan font lebih ringkas yang menggabungkan huruf besar dan kecil, serta imej “leaper” Jaguar yang direka semula.

 

2

 

Bagaimanapun, penjenamaan semula Jaguar itu telah menimbulkan pelbagai kritikan negatif yang menyatakan bahawa syarikat itu telah menghapuskan ikon British.

Sememangnya logo dan identiti baharu itu dilihat sangat tidak sesuai untuk sebuah syarikat dengan sejarah model ikonik kebanggaan British yang gagah bersama logo "growler", di mana logo itu turut dihapuskan.

Yang menjadi persoalan bukanlah peralihan ke arah elektrifikasi, namun imej dan identitinya yang dipersoal di mana orang ramai menganggap ianya sebagai agenda "woke" untuk komuniti LGBTQ+.

 

3

 

Santino Pietrosanti, Ketua Jenama Jaguar, berasal dari Amerika Syarikat merupakan individu yang bertanggungjawab untuk melahirkan "Jaguar serba baharu".

Pietrosanti yang juga aktif dalam mempromosikan mesej inklusiviti dan sokongan terhadap komuniti LGBTQ+ telah bersama dengan Jaguar selama 7 tahun sebelum dilantik sebagai ketua projek penjenamaan semula pada tahun 2023.

 

4
Santino Pietrosanti, Ketua Jenama Jaguar

 

Menurutnya, Jaguar kini berada dalam perjalanan transformasi, termasuk penubuhan lebih daripada 15 kumpulan kepelbagaian, ekuiti, dan inklusi (DEI) untuk menyokong budaya yang lebih inklusif.

Dalam ucapannya pada acara Attitude Awards yang meraikan komuniti LGBTQ+ baru-baru ini, Pietrosanti menjanjikan penjenamaan semula Jaguar yang akan "mengembalikan keistimewaan Jaguar" dengan pendekatan baharu yang meraikan kreativiti dan potensi manusia.

Pietrosanti turut menegaskan sokongan Jaguar terhadap komuniti LGBTQ+ serta komitmen syarikat untuk menjadi perintis dalam industri dengan budaya kerja yang pelbagai dan inklusif.

 

5

 

Penjenamaan ini mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk Elon Musk dan majalah The Spectator, yang menyifatkannya sebagai "memusnahkan reputasi mereka sendiri tanpa sebab yang jelas."

Walaupun begitu, Pietrosanti kekal optimis, menyebut penjenamaan semula ini sebagai "berani, tanpa rasa takut, dan penuh semangat," dan berjanji bahawa ia hanyalah permulaan kepada perubahan besar.

 

 

Sumber: Daily Mail UK

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…