Indian Motorcycle: model 2019 sudah tiba di Naza Automall

oleh SALINA JALIL|
Model-model 2019 dari Indian Motorcycle nampaknya sudah tiba di Malaysia.

Tinjauan Careta mendapati model-model ikonik yang menerima sambutan hebat di US itu kini berada di dewan pameran Indian Motorcycle di Naza Automall, Petaling Jaya.

Untuk yang kurang arif, Indian Motorcycle ialah jenama motosikal cruiser Amerika Syarikat yang lebih lama bertapak dari Harley-Davidson.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Indian bermula sejak tahun 1901 dan menjadi pengeluar motosikal terbesar dunia dalam tahun 1910-an.

 

Indian juga hanya dipasang di US sahaja.

 

Antara model 2019 yang bakal dipamerkan sewaktu aktiviti hujung minggu Freedom Weekend  ini ialah:

- Indian Roadmaster 2019 Polished Bronze/Thunder Black
- Indian Springfield Dark Horse White Smoke
- Indian Chieftain Dark Horse White Smoke/Thunder Black
- Indian Chief Dark Horse Black Smoke

 

 

Selain dari pameran unit-unit terbaharu yang juga sudah boleh ditempah itu, pengunjung yang menghadiri Freedom Weekend bermula hari ini (27 April) sehingga esok di Naza Automall PJ boleh mengambil peluang untuk membeli model Scout Bobber tahun 2018 yang diberikan diskaun menarik.

 

pic 1

 

Anda juga boleh membeli barangan Indian Motorcycle dengan diskaun sebanyak 30 peratus.

 

Menarik bukan?

 

pic 2

 

Vlog ringkas dari kami untuk anda saksikan apa yang menanti anda di sana:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia umpama trak pikap Hilux - biar apa pun jenis trak itu, ia tetap dipanggil, Hailak. Lazimnya,…
Berita Global
Ia menyebabkan pengguna jalanraya yang lain tidak dapat membezakan lampu biasa dan lampu brek.…