India mula jual skuter, motosikal elektrik 2025

oleh Mohamad Hanif|

sumber gambar: Fortune India

Menurut laporan berita daripada News18.com, Menteri Pengangkutan, Jalan dan Lebuhraya Nitin Gadkari mengumumkan pengecualian daripada cukai jalan berkuat-kuasa serta merta. 

Pengecualian tersebut tertakluk kepada semua kategori kenderaan elektrik - dua roda, tiga dan empat roda yang dijual di India. 

Ini bermakna, tiada lagi sebarang cukai jalan dikenakan untuk setiap pendaftaran EV baharu, manakala bagi kenderaan EV sedia ada tidak perlu membayar pembaharuan cukai. 

Awal bulan yang lalu, kerajaan India telah membentangkan perancangan penjualan kenderaan elektrik di sana bermula tahun 2030.

Kerajaan juga merancang untuk menjual kereta beroda tiga berkuasa elektrik bermula April 2023 dan motosikal beroda dua di bawah 150 cc bermula April 2025.

Namun, menurut laporan daripada Nikkei Asian Review, pengeluar motosikal terbesar di India, Hero MotoCorp walaupun menyambut baik hasrat kerajaan, mereka beranggapan langkah ke arah mewujudkan persekitaran hijau mungkin bakal membawakan masalah. 

Pengerusi Hero MotoCorp, Pawan Munjal berkata, "langkah ini akan memberikan impak yang sangat besar terhadap industri yang memberikan pulangan yang signifikan kepada negara, dan sumber pekerjaan rakyat jelata.

Sementara itu, presiden dan CEO Honda Motorcycle $ Scooter India, Minori Kato membidas langkah tersebut dengan menyatakan "2025 adalah terlalu awal untuk beralih ke EV 100%!"

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna untuk beralih - saiznya yang…
Berita Global
Skuter Lavoie Series 1 ini direka oleh Ian Callum dan dihasilkan oleh Lavoie, salah satu unit di…
Berita Global
Di Eropah, pembeli (terutama golongan penuntut kolej) kini boleh mendapatkan skuter elektrik Honda…