India janji kos produksi Tesla jauh lebih murah berbanding China

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan India mahu menarik minat Tesla membina Gigafactory dengan menawarkan insentif bagi memastikan kos produksi kenderaan lebih murah berbanding di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, menteri pengangkutan Nitin Gadkari menjelaskan, "kerajaan akan memastikan kos produksi kenderaan Tesla akan menjadi lebih rendah jika dibandingkan di seluruh dunia, terutama apabila mereka mula menghasilkan kenderaan di sini.

Berita ini timbul beberapa minggu selepas CEO Tesla Elon Musk mendaftarkan sebuah syarikat baharu di India, dan Tesla dikatakan bakal memulakan operasi mengimport dan menjual sedan elektrik Model 3 di sana.

Walaupun berhasrat untuk memperkasakan industri pembuatan kenderaan elektrik, India sebenarnya tidak mempunyai polisi kerangka kerja pelaksanaan EV yang komprehensif berbanding China.

 


Tahun lalu sahaja, India hanya berjaya menjual 5,000 unit kereta elektrik berbanding 2.4 juta kenderaan yang dijual, disebabkan kos yang tinggi serta kekurangan infrastruktur pengecasan di negara itu.

Sebagai perbandingan, China berjaya menjual 1.25 juta kenderaan tenaga baharu (termasuk EV) daripada jumlah jualan keseluruhan 20 juta unit.

Namun begitu, India dikatakan sedang menyusun satu skim insentif berkaitan produksi untuk sektor automotif, sektor pembuatan komponen automotif, serta membangunkan unit penghasilkan bateri termaju namun butiran lanjut masih lagi belum diputuskan.

Tahun lalu, India memperkenalkan peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat bagi mencapai standard antarabangsa, di mana ia bakal dilaksanakan pada April 2022.

Sesetengah pakar industri memberitahu pelaksanaan peraturan terbaharu itu memungkinkan pengeluar perlu hadir dengan produk kenderaan hibrid atau kereta elektrik di dalam portfolio mereka.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…