India cadang wajibkan beg udara sisi untuk semua kereta baru

oleh HEZERI SAMSURI|
India dijangka akan mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dengan mencadangkan enam beg udara sebagai kelengkapan wajib untuk semua kenderaan yang dijual selepas 1 Oktober.

Kerajaan negara itu mahu pembuat kereta menambah dua beg udara sisi dan beg udara tingkap (curtain) bagi melindungi penumpang belakang juga. Ditambah dengan dua beg udara hadapan yang memang diwajibkan, ini menjadikan jumlah beg udara minimum yang dicadangkan kepada enam.

Dalam tahun 2020, seramai 132,000 manga terbunuh dalam 366,000 kemalangan jalanraya di India.

Cadangan penambahan beg udara itu bakal meningkatkan lagi kos kenderaan di India di mana kebanyakan kereta di sana dijual dalam harga bawah US$10,000 (RM41,900).

Kerajaan India menjemput orang ramai dan syarikat-syarikat untuk memberi komen dalam tempoh 30 hari ini sebelum undang-undang itu dilaksanakan.

* Laporan lengkap di Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, bas yang membawa 32 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Bengaluru ke…
Berita Global
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan asap hitam tebal menjulang di belakang kawasan landasan…
Berita Global
Ya, anda tidak silap baca. Walaupun transmisi manual biasanya tidak diperlukan pada motosikal…