India berjaya lancar roket pertama buatan sendiri

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah syarikat yang berpangkalan di selatan India, melancarkan roket pertama yang dibangunkannya sendiri di negara itu, pada Jumaat.


"Kami melakar sejarah hari ini dengan pelancaran roket persendirian pertama India. Ia adalah simbol India baharu dan merupakan Prarambh (permulaan) masa depan yang hebat," kata pengasas bersama Skyroot Aerospace yang berpangkalan di Hyderabad, Pawan Kumar Chandana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Roket suborbital Vikram-S itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) di pulau Sriharikota di luar pantai tenggara negara itu.

 

Roket sepanjang lapan meter itu mempunyai jisim 546 kilogram (kg) dan dibangunkan dalam tempoh dua tahun oleh sepasukan 200 jurutera.

 

Permulaan teknologi angkasa lepas yang diasaskan bekas jurutera ISRO Chandana dan Naga Bharath Daka pada 2018 menerima AS$51 juta tahun ini dalam pusingan pembiayaan yang diketuai dana Singapura GIC.

 

Projek angkasa itu telah mengumpul AS$68 juta dana setakat ini.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas…
Berita Global
  Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang…
Berita Global
Sisa-sisa komponen itu mula memasuki ruang udara bumi pada jam 10.42 pagi waktu Beijing dan…