Indeks kepuasan pelanggan J.D. Power - Mitsubishi jenama nombor satu!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi menduduki tempat pertama indeks kepuasan pelanggan dengan skor keseluruhan berjumlah 814 (daripada 1,000) berdasarkan kajian daripada lapan buah jenama pengeluar utama di Malaysia untuk tahun 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) berkata MMM berasa amat gembira kerana diberikan kedudukan tertinggi berdasarkan kajian CSI Mass Market Study oleh J.D. Power.

“Keputusan ini menunjukkan komitmen yang berterusan daripada MMM dalam memberikan khidmat pelanggan yang positif serta mutu khidmat selepas jualan yang memuaskan, menjadikannya satu dorongan buat kami untuk terus kekal sebagai nombor satu!” ujar beliau.

Kajian terbaharu ini dibuat merangkumi 2,957 unit kenderaan baharu yang didaftarkan bermula dari Mac 2015 sehingga Julai 2017 dan membawa kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis berdaftar di antara Mac 2017 sehingga Julai 2018.

Kajian ini dibahagikan mengikut lima faktor yang berbeza (mengikut keutamaan) iaitu

  • kualiti servis (25%)
  • khidmat ambil kenderaan (21%)
  • inisiatif mula servis (20%)
  • fasiliti servis (17%)
  • pegawai penasihat servis (16%)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022…
Berita Global
Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini…
Berita Global
Kajian yang memasuki tahun ke-32 itu mengukur bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit…