Incredible Hearts PLT terima geran bernilai RM177 ribu dari Dana Impak Sosial Allianz 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Incredible Hearts PLT (IH), rakan kongsi sosial Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) baru-baru ini telah memenangi geran bernilai €34,990 (RM177,179) daripada inisiatif Dana Impak Sosial Kumpulan Allianz 2023 dalam kategori Acceleration dan MoveNow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dana Impak Sosial merupakan program utama Kumpulan Allianz yang menawarkan peluang strategik kepada entiti operasi Allianz di seluruh dunia untuk menerima pembiayaan bagi aktiviti Kewarganegaraan Korporat tempatan mereka.

Ianya memfokuskan kepada membina perkongsian merentas sektor dan impak yang boleh diukur untuk menyokong generasi akan datang.

Antara sebahagian Dana Impak Sosial 2023 ialah inisiatif MoveNow yang memupuk perkongsian jenama global dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

Dengan hadiah kemenangan itu, IH akan melaksanakan projek Modul Celik Kewangan & Keusahawanan Sosial, di mana ia mengambil tempoh masa tiga tahun yang dijangka bermula pada suku ketiga 2023 di Pulau Tuba, Langkawi.

Selain Modul Celik Kewangan dan Keusahawanan Sosial, ia turut menumpukan eko-pendidikan dan berasaskan tempat, disokong oleh pendidikan tersuai dan berasaskan permainan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

 

2

 

Sementara itu, Kem Lumba Usahawan Muda, iaitu program eksplorasi selama tiga hari dua malam yang mengetengahkan prinsip keusahawanan dan manfaat bersukan akan dijalankan untuk 80 orang murid sekolah rendah di pulau itu.

Allianz Malaysia melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Allianz4Good telah bekerjasama dengan IH sejak November 2022 untuk melancarkan Program Eko-Pendidikan dan Literasi Sekolah Belantara di Pulau Tuba.

Program tersebut melibatkan 40 orang pelajar sekolah rendah berumur antara 10 hingga 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.

Menurut ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek, IH telah dipilih kerana pengalamannya yang luas dalam memperkasakan pelajar dan masyarakat di kawasan luar bandar termasuk komuniti pulau.

Tambahan pula, IH mampu menyediakan pendekatan pembelajaran yang inovatif dan menyeronokkan untuk pelajar, termasuk projek mini, seni persembahan, dan permainan yang masih selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Malaysia.

Kakitangan Allianz Malaysia juga akan menjadi sukarelawan dalam program itu melalui sesi perkongsian dengan para pelajar, serta semasa penyampaian modul kewangan di lapangan dan Kem Lumba Usahawan Muda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Berita Domestik
Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…