Impian naik MPV Polis tercapai, pesakit leukimia meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
Kanak-kanak lelaki yang menghidapi penyakit leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV) meninggal dunia semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga.

"Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga jam 10 pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

22 Januari lepas, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi ACP Noorzainy.

Kanak-kanak itu menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita untuk menjadi anggota polis itu dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Malah, pemeriksaan turut menemukan sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad…
Berita Global
Menariknya, walaupun ia hadir dalam versi prototaip, MPV Mustang Mach-E itu sudah pun mendapat…