Impian Knight Rider bakal jadi kenyataan dengan Concept-i dari Toyota

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika Malaysia ada Datuk David Arumugam, Amerika Syarikat ada David Hasselhoff.

Walaupun Hasselhoff tidak pandai langsung menyanyi (lihat video lagu Looking For Freedom yang ditujukan khas kepada seluar jeans yang beliau sedang pakai), tetapi Hasselhoff mempunyai KITT, sebuah kereta Pontiac Trans Am yang mampu berfikir sendiri, bercakap dan macam-macam lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

KITT ialah umpama sebuah robot di dalam badan kereta, dan ia menjadi rakan sekerja kepada Hasselhoff semasa pengembaraan mereka menegakkan kebenaran.

KITT
Siri TV Knight Rider, rancangan kegemaran Kak Long kami di Careta. 

 

Mungkin Toyota belihat betapa akrabnya Hasselhoff dan keretanya KITT, maka untuk pameran Tokyo Motor Show 2017, syarikat kenderaan terbesar Jepun ini melancarkan tiga model di bawah bendera yang sama - Toyota Concept-i.

Secara serius, konsep ini memang unik dan sepatutnya menjadi platform untuk kenderaan masa akan datang. Ia mensasarkan kenderaan akan menjadi sahabat karib manusia, dan ia mempunyai kebolehan untuk belajar akan sikap dan tabiat tuannya menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI).

Selain dari itu, ia juga mempunyai kebolehan pemanduan autonomi atau pemanduan kendiri agar ia mampu melindungi tuan dan penumpangnya.

Dengan menggabungkan kesemua sistem itu, kereta Concept-i boleh “membaca” perasaan tuannya dan menyediakan senario pemanduan dalam kenderaan yang lebih menyeronokkan.

Contohnya, anda bercakap kepada kereta Concept-i yang anda akan siap dalam masa lima minit, dan tepat pada masanya, Concept-i berada di hadapan pintu rumah dengan pendingin hawa terpasang dan radio memainkan saluran radio kegemaran anda.

Di dalam perjalanan, anda hanya duduk berehat atau memeriksa email anda sambil berbual-bual dengan Concept-i mengenai apa yang menjadi hobi anda.

Menarik bukan? 

Di bawah ialah kenderaan-kenderaan konsep di dalam siri Concept-i

Toyota Concept-i Ride

concept iride

 

Jepun mempunyai ramai penduduk warga emas dan orang Jepun sangat menjaga kebajikan mereka yang lebih tua.

Kerana itu, Concept-i turut memberikan fokus kepada mwereka yang menggunakan kerusi roda.

Walaupun ia boleh digunakan untuk semua, namun bahagian kabin Concept-i Ride ini boleh diubah untuk memuatkan mereka yang menggunakan kerusi roda.

Malah stereng juga ditiadakan dan digantikan dengan sepasang joystick untuk memudahkan penggunaan kereta futuristik ini. Selain dari itu, teknologi AI Agent turut menjadikan ia sebuah kereta Knight Rider yang boleh berbual dengan pemandunya.

Ia juga boleh dijadikan sebuah kenderaan kongsi sejagat di mana kereta tidak lagi dimiliki oleh seorang individu tetapi boleh dikongsi oleh semua.

Satu lagi cara yang membuatkan ia lebih kepada seorang kawan dan bukannya sebuah kereta ialah kebolehannya mengesan bahaya dan mengambil alih kawalan untuk mengelakan tragedi kemalangan berlaku.

Sebuah EV dengan jarak perjalanan antara 100 ke 150 km, ia mampu memuatkan dua orang penumpang.

Di bawah ialah video Concept-i agar mudah anda membayangkan diri anda sebagai David Hasselhoff.

 

Toyota Concept-i

concepti

Jepun mempunyai ramai penduduk warga emas dan orang Jepun sangat menjaga kebajikan mereka yang lebih tua.

Kerana itu, Concept-i turut memberikan fokus kepada mwereka yang menggunakan kerusi roda.

Walaupun ia boleh digunakan untuk semua, namun bahagian kabin Concept-i Ride ini boleh diubah untuk memuatkan mereka yang menggunakan kerusi roda.

Malah stereng juga ditiadakan dan digantikan dengan sepasang joystick untuk memudahkan penggunaan kereta futuristik ini. Selain dari itu, teknologi AI Agent turut menjadikan ia sebuah kereta Knight Rider yang boleh berbual dengan pemandunya.

Ia juga boleh dijadikan sebuah kenderaan kongsi sejagat di mana kereta tidak lagi dimiliki oleh seorang individu tetapi boleh dikongsi oleh semua.

Satu lagi cara yang membuatkan ia lebih kepada seorang kawan dan bukannya sebuah kereta ialah kebolehannya mengesan bahaya dan mengambil alih kawalan untuk mengelakan tragedi kemalangan berlaku.

Sebuah EV dengan jarak perjalanan antara 100 ke 150 km, ia mampu memuatkan dua orang penumpang.

Video di bawah memudahkan anda untuk memahami betapa Concept-i Ride ini akan menjadi sahabat kepada mereka yang kurang upaya.

 

Toyota Concept-i Walk

i walk

Toyota tidak mahu kemampuan bergerak terbatas pada jalanraya sahaja.

Kerana itu, Concept-i Walk, produk terakhir dalam siri Concept-i ini memberikan fokus kepada sebuah prouk kompak tiga-roda yang mempunyai kelebaran tidak lebih dari lebar bahu manusia agar penggunanya mampu bergerak di kawasan pejalan kaki.

 

Ia juga boleh berpusing 360-darjah tanpa memerlukan ruangan yang lebih besar dari langkah kaki manusia.

Kerana ia mempunyai tiga roda, penggunanya tidak perlu menggunakan badan untuk membelok (seperti Segway) dan baterinya mampu bertahan untuk perjalanan 10 ke 20 km.

Concept-i Walk sangat sesuai untuk warga emas yang tidak mampu berjalan jauh, terutama bila anak-anak membawa mereka membeli-belah.

Di bawah ialah video bagaimana Concept-i Walk ini berfungsi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…